terimbau kenangan~~

salam satu malaysia semua ! yeayh so di malam yang bagai bulan dipagari bintang ini, aku nak share satu cerita menarik weh berlaku dekat sekolah tadi.

so harini bolehla macam macam jadi. dengan jantung berdegup lagu semasa dalam perjalanan ke tempat kerjaku (kaitan dengan entry sebelumnya ).

dalam kelas tadi, taktahu kenapa harini dan mengapa mesti aku rasa harini, budak-budak, anak-anak,murid-murid dan pelajar-pelajar bagaikan tidak menyedari ya kewujudan aku di dalam kelas itu. haihh, letih tahu menjerit-jerit minta mereka senyap ;'(
tapi aku faham la depa budak lagi, zaman nak rasa seronok hingga ke awan sembilan ( cloud9 )

dan tiba-tiba,aku tersengih sendirian lah katakan, teringat dulu zaman sekolah aku dengan kawan-kawan aku macam mana agaknya eh ?

ada ke terlari sana sini,menjerit macam orang kena histeriaa. ohhh by the way,waduh gue sampe lupa sih. aku nak cerita pasal drama queen nya anak-anak murid aku ni memang sebijik macam aku lah katakan ! hahaha, pasal apa tahu, waktu aku masuk kelas tahun 2 tadi, seorang budak perempuan ni datang dekat aku dan bagitahu dia rasa macam ada orang peluk dia macam tu la, alahaii misteri sangat dik! ha,aku pun taknak la layan seram dia tu,hahaaku ni penakut jugak tahu ! tapi aku suruh dia duduk tempat dan siapkan kerja aku bagi.

tiba-tiba guyss, satu kelas bising macam apa je. aku pun apa lagi,keluar la suara mak tiri aku tu,wakaka. eh hello,ai tak garang okay! pastu salah sorang murid aku cakap ada orang kena histeria. tu dia! siapa pulak kena histeria petang-petang buta ni ( ada ke petang buta ) -,-''

aku pun masih rilek je lagi,yelah sepanjang aku sekolah sini dulu 6 tahun lamanya takde pulak kes ni, dan dari januari aku kerja sini sampailah jun selamat je. rupa-rupanya budak yang mengadu kat aku tadi tu yang 'acah-acah' histeria weh.
aduu pening kepala den, nasib ada ustazah prihatin dekat sebelah tolong settlekan. fuhh.
tapi memang murid aku tu buat-buat pun, aduhai dik,kena betul-betul baru tahu kangg.

eh,sorry dulu aku takde nak berlakon histeria bagai ni.
haa aku dulu selalu berlakon konon aku pengsan then kawan-kawan aku datang rescue kan aku ni la kononnya. hahah,anak murid aku pun macam tu jugak weh. 2x5 je 10 !

hmm, best bila ingat balik zaman hingus-hingusan sekolah rendah dulu. zaman taktahu apa-apa masalah. tak perlu fikir masalah dunia.

tapi,begitulah, life must go on. hatta dunia ni pun berputar apatah lagi kita yang bergerak seperti bergeraknya masa!

bila aku throwback ni,mungkin ada kalangan kita yang ada kenangan pahit manis nya betul dak ?

takpe, buang yang keruh,ambil yang jernih =D in sya Allah yang baik-baik saja akan datang pada kita.
sepertimana kata seorang sahabat

         ''someone with the worst past,create the best future '' ha melayunya '' seseorang yang padanya masa lalu yang buruk,mencipta masa depan yang baik ''

maka,sekian saja daripada saya, doakan kejayaan saya ya teman-teman, kejayaan saya dalam menjaga hati yang Allah pinjamkan ini, kejayaan dalam mengemudi masyarakat, kejayaan dunia dan akhirat khususnya.

tulus,
faraulah


Comments