Assalamualaikum and hye. huwau lama sudah tidak menupdate in blog. maaflah ustazah busy akhir ramadhan menanda kertas siapkan persediaan menghitung hari2 akhir ramadhan.
Ramadhan sudahpun meninggalkan kita uolss ;'(
Alhamdulillah untuk ramadhan tahun ni, semoga tuhan panjangkan lagi usia aku bertemu ramadhan akan dtg ameen.
cakap pasal panjang usia ni, ada satu insiden yang berlaku dalam hidup aku yang memang dah lama aku nak share dengan kalian.
orait,time aku tingkatan 5 tahun, aku ni bolehla nk kata aktif. tapi bab sukan memang tolak jauh la. hahha. aku masuk satu acara syarahan agama ni, dan alhamdulillah lepas masuk peringkat negeri.
waktu tu peringkat negeri buat dekat shah alam seingat aku la. orait, waktu on the way balik dari tu, kitorg pergi satu kereta. kereta vios ustazah yang ajar aku syarahan,ustazah kesayangan akuuuu. hahaha. then time tu hujan tapi tak berapa nak lebat katakoo. kitorg berlima, co pilot is partner syarahan aku lelaki lah,dia sorg je lelaki. dan 3 orang kat belakang aku dan kawan aku dan sorang lagi ustazah.
waktu tu ustazah aku ni,drive takdela laju mana haha *maybe sebab aq dh biasa laju2 ni wakaka.
nak dijadikan cerita, ustazah aku ni ada la potong kereta depan nak masuk lane kanan. dengan kuasa allah kereta vios kami naiki itu tergelincir tayarnya lalu kereta tu berpusing and hit the divider about 3 times ! apa yang aku boleh buat time tu ialah bukan menjerit , tapi diam. terpaku terpana terkejut. rasa macam sekejap sekelip mata je berlaku.
waktu kali ke 2 kereta berlanggar dengan divider tu, partner syarahan aku terpelanting ke luar kereta. time tu kitorg like ya ALLAHHH ttakut macam apa je. airbag kereta memang dah explode out dan aku rasa mungkin tu sebab partner aku mudah tercampak ke luar. aku fikir aku tak sempat taubat , dosa aku menggunung banyaknya dan aku fikir kalau Allah cabut nyawa aku,apa je jasa aku bagi pada umi abah aku ;'((((((
bila kereta dah betul2 stop, kami terus keluar dan berlari ke arah partner aku tu, kami takut apa2 jadi kat dia. balhamdulillah Allah masih panjangkan nyawa diaa. tapi dia mengalami sedikit kecederaab ringan which is belakang badan dia luka bergesel dengan tar, kepala dia luka. so about a week macam tu dia dapat mc dan tak payah ke sekolah.
balik je ke sekolah,berita kami accident memang tersebar luas lah. oh btw, al fatihah untuk kereta vios ustazah aku,sebab hantar workshop memang dah total lost takleh nak buat apa dah. sedih kan ?
balik tu,semua la tanya. aku dengan kawan aku lagi sorang ohh dia pulak masuk acara syarahan bahasa arab lupa pulaa. ha kami pun berkongsi lah cerita seram kami. the incident is very a good lesson for us yang mati ni tak kira masa.
dalam sebulan macam tu aku amik masa nak lupa habis about taht accident yang buatkan aku meleleh air mata memikirkan baiknya tuhan pada aku masih panjangkan usia aku.
yelah,kereta berpusing hantuk divider besi tu 3 kali kau tak rasa possibility kereta nak terbakar tinggi keeeee ? maha suci ALLAH yang tidak tidur juga tidak alpa, sentiasa ingin hambanya mengingati akan kematian.
sepertimana kata kata imam ghazali : sebaik baik nasihat adalah kematiaan.
terima kasih kerana sudi membaca,
wallahua'lam.
tulus,
faraulah.
Comments
Post a Comment