Umrah Maqbulah, in sya Allah ! -part I

Alhamdulillah, doa dan impian aku termakbul oleh Illahi yang tak jemu-jemu memakbulkan rinitihan hamba-Nya.

Sewaktu aku di tingkatan 5, entah kenapa rasa teringin,termimpi dan idamkan untuk ke umrah itu membuak-buak. Gigihnya aku minta kawan-kawan aku doakan aku dapat pergi umrah hujung tahun which is lepas SPM. Cehh, kononnya nak doa dapat result bagus la sebelum bulan mac result spm keluar.

Walaupun tidak seperti yang diimpikan, Allah itu sifatnya Ar-Rahman, Ar-Rahim. Maha Pengasih Maha Penyayang. Tetap jua mengizinkan aku menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekkah pada pertengahan bulan april tahun depannya. Alhamdulillah.

Sewaktu tu,kami pergi berempat sahaja,disebabkan abang dan kakak aku yang lain semuanya sibuk dengan kerja masing-masing. Teringin juga nak pergi sefamily, in sha Allah lain masa !

Aku dan keluarga pergi ke sana dengan travel agency. Company ayah kepada kakak ipar aku yakni biras umi dan abah aku la kan.

Pakej kami ambil adalah selama 12 hari *seingat aku mashaAllah* Tolak 2 hari untuk pergi dan balik.
Kalau pakej lain,banyaknya terus buat umrah jadinya straight ke Mekkah, tapi pakej aku ni terus ke Madinah transit sekejap je kat Jeddah untuk perjalana pergi dan balik.

Bertolak dari KLIA pagi sampai madinah waktu tu dah malam. Masa tu musim baru-baru nak sejuk katako..

Setibanya kaki menapak di airport jeddah lagi dah rasa, ' Allah.. aku dah sampai,kau tunaikan impianku,luaskan rezekiku untuk ke sini menjadi tetamu muu.. ' tiba-tiba hadir rasa rindu.

Dari airport Jeddah kami terus tukar flight untuk ke Madinah pula. Sampai di Madinah angin sejuk mencengkam jiwa baq hang. Waktu tu memang mamai-mamai, mantong lagi sebab naik bas dari airport Madinah ke Hotel agak lama. Sempat la aku ni cipta 2,3 mimpi indah ewahh.


so ini lah suasana sekitar halaman masjid nabawi. jalan depan sikit dh jumpa hotel tempat kami menginap.

cuaca waktu itu,alhamdulillah tak terlalu terik. musim baru nak sejuk gitu. banyaknya debu-debu biasa la tu negara arab kan.

hari pertama dekat madinah,kami buat aktiviti sendiri saja.

Hari keduanya baru mula ziarah-ziarah. Tapi actually,dari hari pertama dah boleh pergi sendiri-sendiri . Ehh,ni kalau mereka-mereka yang dah biasa especially yang ada mutawwif ikut sekali.Kalau muslimat,kami memang takde mutawwif muslimat,cuma harapkan ustazah-ustazah yang ada deal-deal dengan agency kami saja.

Hari kedua kami,mula lepas sarapan after subuh dah kena kumpul dekat lobi hotel. Ada taklimat sikit,then baru mula ziarah. Tak naik transport pun,sebab memang ziarah sekitar Masjid Nabawi saja.

Tapi buat makcik-makcik dan warga emas tu kesian juga aku tengok.


Haa tu dia payung masjid nabawi yang kembang dan kuncup mengikut waktu,ewahh.
Jadi kami berjalan sekitar masjid dan luar masjid sikit. Tak jauh dan lama sangat,sebab mutawwif kami prihatin orangnya. Kesian dengan pakcik makcik.

Dalam gambar ni mungkin nampak matahari dah naik kan? Yezza,waktu ni dah nak habis sesi ziarah. Tapi waktu tu masih pagi lagi tahu.


Sepanjang ziarah di Madinah ni,aku nasihatkan buat mereka-mereka yang ada alahan,atau mudah terkena jangkitan moleknya bawa face mask. Takpun pakai purdah since muslimat-muslimat arab memang pakaikan, boleh fefeeling sikit.

Dan jangan lupa bawa note book, sebabnya sepanjang ziarah ni la kalian nak catit segala jenis ilmu yang mutawwif tu nak kongsi. Jangan jadi macam aku, dah la tak bawa note book,nak type guna note kat phone la kononya,tapi tak sempat. Kura-kura menaip . .Based on penyampaian mutawwif itu sendiri bagaimana dia nak sampaikan dengan baik. Sebab waktu dengar perkongsian sepanjang ziarah di madinah. memang berdiri je. Mana ada orang nak tarik kerusi bagi kat hangpa ! ini bukan malaysia okay ?





ya, ini pula hari yang sama. Allahu akbar, aku memang lupa nama tempat yang khusus untuk tempat ni. tapi ustaz tu ada cerita pasal saidina abu bakar. itu yang pasti. Tulah padah tak bawak notebook langsung waktu tu :'(







orang kata,dekat mekah madinah ni jangan risau kalau haus atau dahaga. pergilah mana-mana masjid mesti ada sediakan tong air berisi air zam-zam.
Gambar ni dekat masjid nabawi. Tu yang kami selalu pakat bawa botol-botol pi masjid nak tadah air.

Tapi kena jaga-jaga, arab ni strict juga. Ada pengawal wanita kat luar yang jaga dan cek beg jemaah-jemaah. Dia nampak je botol habis dia campak tak nak kasi kita tadah air.

Tak bawa cawan.macam mana ? Haa toksah risau, pasaipa orang aab ni kaya. Setakat nak beli cawan plastik berdozen-dozen sehari pun boleh!

Alamakk, aku dah mengantuk. Kita sambung esok untuk part II pula okay ?

Selamat Malam semua,

faraulah





Comments